Bonda Leech Farm is located at Kg Tok Muda, Kapar Selangor.

LINTAH

...semua orang menggeletek kegelian bila sebut pasal lintah. Sejenis makhluk yang panjang, warna agak gelap...lembik...licin dan boleh memanjangkan dirinya dalam ukuran sejengkal. Habitatnya adalah di sungai-sungai, sawah padi dan juga di kawasan berpaya/parit.Tetapi, ramai yang tak tahu tentang khasiat tersembunyi dalam lintah ini. Yang kita tahu hanya lah...eeee...lembik dan melekat serta hisap darah!!!

Tahukah Anda?

Lintah kampung atau lintah sawah, nama saintifiknya, Hirudo Medicinalis. Ciri-cirinya, ia ada tanda kuning di bahagian bawah abdomennya atau perutnya. Kelebihan linta, ia mempunyai "anticoagulant" yang boleh mencairkan darah beku atau melepaskan saluran darah yang tersumbat apabila dihisap oleh lintah ini.Menarik bukan? Lintah-lintah ini didapati boleh digunakan untuk rawatan luka atau darah beku.
Your Ad Here

Enzim

Terdapat 4 enzim di dalam badan lintah.Enzim-enzim ini digunakan di dalam bidang perubatan.
  1. Ekstrak Hirudin - Mengurangkan pembentukan bekuan darah serta melancarkan pengaliran darah di dalam badan manusia atau pun haiwan yang dihisapnya. Bila enzim hirudin ini meresap ke dalam epirdemis lalu masuk ke salur darah, ia dapat merawat beberapa penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot serta sakit/sengal badan.
  2. Ekstrak Pheromone - Adalah hormon yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan. Dapat menyelesaikan masalah hubungan kelamin serta meningkatkan hubungan seksual.
  3. Ekstrak Histamin - fungsinya adalah membesarkan liang salur darah serta melancarkan aliran darah. Juga dapat memulihakan tenaga batin.
  4. Ekstrak Nitric Oxide - Membantu wanita mempercepatkan peredaran darah dan meningkatkan hubungan seksual.


Tuesday, May 27, 2008

Anak Lintah


Ni anak lintah yang masih kecil...berusia dalam 2 @ 3 minggu kot....kecil sangat...macam pacat la rupanya...tapi pacat ni lebih di darat.....




Tengok lintah-lintah telah cuba melekatkan dirinya betul-betul...mula nak hisap darah lah tu....dapat rasa bila dia mula melekat dengan kuat ..tanda nya dia nak mulakan operasi hisap darah lah tu....

Lagi banyak....


Haa..tengok tu melilit kat tangan saya lintah ni. Lintah-lintah ni blur tu....tak tahu nak pergi mana....ni baru yang sederhana...nanti saya tunjukkan lagi yang besar...bapak segala lintah. Memang besar la...the biggest yang ada dalam peliharaan saya...nak shot photo agaknya belum keluar dari sarang persembunyiannya.

Manjanya lintah ni


Haaaa...sape yang berani pegang lintah ni. Nak cuba? Tengok betapa "manja" dia melekat kat tangan saya. Jangan bimbang darah anda tak akan abis disedutnya. Kalau setakat 2 minit pegang tu tak sempatnya dia nak hisap darah....dia pun kena betul-betul confirmkan tempat yang nak disedut tu....

Sunny Day at Bonda Leech Farm


Just checking on my lovely leech. Seems healthy. Kelihatan anak perempuanku...takut-takut pulak dia tgk mamanya pegang lintah. Lintah-lintah manja pulak dengan "mama" dia. Best betul pegang lintah-lintah ni..licin dan lembut....kalau yang tak biasa memang geli la...in fact my husband pun takut-takut..hahahahaha....kini lintah-lintah kami makin membaik dengan pesatnya....berenang-renang ke tepian bila air dikuak-kuak....jika teringin melihat lintah-lintah peliharaan sila le..jangan malu jangan segan....Pagi-pagi lintah-lintah ni aktif..semua yang ada bawah pokok keladi bunting akan keluar berkejaran keluar bila terasa ada benda masuk air..lapar ler..dia nak cari makanan..cam kita la kan..nak cari breakfast.